Jenis-Jenis Nafsu
Nafsu #1
Nafsu Amarah: Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat
dan syaitan.
Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya
hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal,
hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah
perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi
kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai
keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Susah nak tegur
orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau
kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap
paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah
daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan
manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah….
Nafsu #2
Nafsu Lawwamah: Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan
peraturan-peraturan Allah.
Orang sebegini memliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan
berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam
bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama
dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu
mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya
lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki
diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm
kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun
akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik
buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala
tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….
Nafsu #3
Nafsu Mutmainnah: iaitu jiwa yang tenang.
Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat
dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka
mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak
membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan
yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan
hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda
dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini
di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan
kita dalam nafsu yang hebat ini.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Thursday, September 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment